Followers

Thursday, December 6, 2007

River Ranger Programme

Now a school holiday and I joined mom to Kiara Park. On top of the park situated a river (stream) which the water, mom said in a class 1, water quality. Class 1 means we can have the water and drinks without treated.

















This programme they called River Rangers Programme which conducted by NGO and joined by school teachers. I just menempek. Here, the stream is very beautiful surrounding with green trees. Lucky, there are small prawn and crab on top of the hill. Just imagine, how wonderful this place.

Monday, December 3, 2007

Bercuti Di Rumah Kangaroo

Jun lepas di Gold Coast. Sebelum bertolak ke KLIA, mama buat persiapan rapi untuk melancarkan perjalanan kami termasuk ubat-ubat sekali, manalah tau demam ke apa ke. Bestnya, kami bertolak dari KLIA waktu malam dan singgah di Changi Airport beberapa jam. Lega jugak sebab dalam flight aku zzzzzzzzz je selama lebih kurang 8 jam.


Aku suka di Changi Airport sebab dapat main game free kat apa nama station tu ntah le. Tak sangka di Airport Changi terjumpa kawan yang juga ke destinasi yang sama. Aku rasa happy sangat. Walaupun dah lama tak jumpa dan taklah rapat sangat, macam dah kenal lama, kami bercakap-cakap semasa di Brisbane Airport. Paling menarik perhatian kami ialah doggy kat airport, it's so cute.


Di Brisbane Airport, Alhamdulillah semua makanan yang dibawa, lepass...........dan kami terus ke Gold Coast dengan Coach Trans selepas cakap-cakap dengan kawan mama yang datang nak ambil kiriman barang boy friend dia. Kat Brisbane Airport ni pun aku dah nampak dan suka nengok orang-orang tua kat sini yang bawa trans ni, ramah tu dan nampak kelakar. Mama kata kalau kat Malaysia ramai pakcik2 umur macam ni dok lepak kat kedai kopi , gebang2, temberang2, makcik2 pulak dok berkumpul bergosip. Hmmmm.........tok ayah dan mak tok tak macam tu la pulak. Syukran............... Dekat sejam jugaklah nak sampai Gold Coast sebab trans ni pi merata hantar orang lain dulu. Ada satu kawasan rumah yang kami lalu, cantik sangat, aku rasa orang kaya ja duduk kawasan ni. Kalau sesiapa nak ambil train boleh juga, dari Brisbane Airport, terus ke Nerang Station, lepas tu ambillah bus ke Surfers Paradise, kalau beg tak berat dan tak bawa anak kecil.


Sampai je kat apartment yang kami sewa, masih pagi, cerah dan cuacanya baik sekali, hampir Winter, tak terlalu sejuk, tidak panas sangat. Kami dah plan nak jalan-jalan kat Surfers Paradise yang dekat je nih, 10 minit pun tak sampai bila berjalan kaki.

















Budds Beach di hadapan apartment kami tinggal. Di sekeliling area ni kebanyakannya apartment atau kondo untuk pelancong sewa. Kawasan peace gitu, bersih dan nyaman, pagi orang ramai berjoging, petang pula ramai yang memancing, hmmm bilalah kami nak join memancing. Mama sibuk cakap, bestnya kalau dapat memancing, air jernih, tenang, pemandangan cantik. Ma cakap teringat masa kecil dulu memancing di sawah di kampung.

Sudah simpan barang, relax jap, jom tinjau2 Surfers Paradise. Apa yang ada? Macam2? Petang kami mula berjalan-jalan, cari apa yang patut especially makanan. Rileks sungguh, nampak je Seafood Restaurant terus ke sana tapi jangan tak tahu, entah apa-apa yang digoreng share satu kuali. Baunya menyengit hidung, bau daging kerbau pendek agaknya. At last kebablah jadi habuan kami, boleh share dua orang satu kebab, besar sangat utk seorang, harganya boleh tahan gak, +-$8.00 gitu. Paradise Kebab di Surfers Paradise, ha, ha....tuanpunya gerai pun dah tahu kami dari Malaysia, bagaimana ya? Hmmm...cuti sekolah, pi mai, pi mai bila ditanya, "datangnya dari Malaysia".


















Ni Space Walker,dari depan kedai nampak menarik jugak, tapi kami tak masuk ke dalam, entah apa pun tak taulah, just tinjau2 depan kaunter je. Banyak kedai-kedai yang menarik tapi kami banyak spent duit untuk makan dan beli cenderahati kecik-kecik je. Duit dia dekat tiga kali ganda RM, so buat apa buang duit.


Selain Paradise Kebab, Jumbo Kebab di Southport operates by Bosnian family, memang jumbo kebabnya (sedap lagi Paradise Kebab). Pulang dari Seaworld juga terdapat Restoran Seafood, tak pula dicuba sebabnya jam lima sudah tutup. Ice Cream di Dreamworld made by Nestle, Blue Ribbon Choc, so yummy, asyik2 nak ice cream blue ribbon.

















Movieworld, paling menarik rasanya, tiap-tiap hari aku ajak mama ke sana nak ulang dua tiga kali. Ambil yang package tu, boleh guna seminggu, tapi yang tak bestnya Wet n Wild takde Asian pun, melayu pun tak nampak langsung masa tu, ini salah satu dalam package selain daripada SeaWorld. Nak ke Dreamworld ambil tiket berasingan ya. Siapa suka riding yang menyeram dan boleh meluruhkan jantung, silalah. Takutnya, tu pasal aku tak cuba pun, takut tak balik Malaysia lagi, he, he......

















Setiap hari terpaksa habiskan satu theme park, sebabnya dah pergi time winterkan, 6.0 pagi dah terang benderang, lima petang dah gelap, kedai pun dah tutup, hanya di Surfers Paradise je buka lagi, kira hiduplah tampat ni, malam minggu pub dan disconya berdentam dentum dengan muzik gila2nya, memasing nak beronggeng kata kawan mama yang belajar di U kat Gold Coast ni. Apa yang aku tertarik kat sini bila tengok nenek2 yang dah berkerepot masih kerja jaga kaunter tiket, yang lelaki ramai masih kerja macam sapu sampah.

Jangan lupa ke Pasar Malam every Friday n wednesday night di tepi pantai, sejuk gilosssss. Kiranya jadual ketat, tapi kepuasan dapat dirasai bila pergi sendiri tanpa tourist guide, bukan apa, nampak satu group yang ikut travel agency tu terkejar2 , mak oiii, nak pegang kangaroo pun tak sempat, ekkkk elehhh, menghabihkan borehhh je gi jauh2. Have a good time for those yang plan nak ke sana.

>
Mt Cook Tha, Brisbane, takde apa-apa sangat melainkan panorama indah Brisbane dari kawasan tinggi. Tak sempat nak singgah ke Botanic Park memandangkan masa untuk bas paling akhir dah tamat, kang tak dapat turun pulak. Malam tu jugak nak ke airport untuk balik. Sistem bas di sini agak baik, beli daily ticket, pusinglah berapa kali pun janji route yang dalam senarai yang dibelilah. Hmm bila Malaysia nak practice semua ni, takde lah sesak KL agaknya.















Shopping? Murah lagi beli baju dan barangan kat Malaysia ni. Harbour Town, pusat beli belah, agak hampir dengan kawasan Movieworld, cuci mata je, bukan semua barang murah bila ditukar ke RM, murah lagi bila beli di Malaysia. Mama kata kalau nak beli supplement macam vitamins, EPO dan Omega 3, yuppp berbaloi beli kat sini. Aku letihlah ikut mama kejap masuk kedai beg, kejap kedai kasut, hmmmm. Beli tak pun.















Koala Lone Pine Sanctuary, menarik dan banyak sekali kangaroo, better spent lama sikit di sini, relax dengan kangaroo macam aku tengah buat tu.


Kami bertolak balik dari Brisbane Airport pada waktu malam. Petang tu sempat jalan kejap di Brisbane City, terlalu sejuk rasanya, angin pun tiup kuat, tak sempat masuk banyak kedai pun sebab dah jam 5 lebih, banyak kedai dah tutup. Aku bohsan satu ni lah, jam 5 je dah mati aktiviti2 kat sini macam kosong, dah mula gelap je. Mama kata next time kena pergi musim spring ke. Bilalah tu..........


Kepada sesiapa yang nak ke sana, enjoy lah kat theme park tu.