Followers

Wednesday, November 30, 2011

Queenstown to Milford Sound-Day 6

Perjalanan kami ke Milford Sound bermula seawal jam 6.30 pagi sebab kami ambil bus untuk ke sana. Kami sampai depan i-site Queenstown tapi bas tak datang-datang. Dahlah menggigil kesejukan Rupanya jadual dah berubah, trip dilewatkan 30 minit. My mom tak buka email so tak tahu. Pelik juga masa menunggu sebab dia org ni selalu tepat pada waktu. Mungkin sebab musim spring-summer, sunset jam 8.30ptg jadi trip dilewatkan sikit.





Sepanjang perjalanan view sangat cantik. Lake Wakatipu panjang, lepas melalui tasik kami tempuhi kawasan ladang biri-biri dan lembu pulak. Awan cantik. Syukur cuaca hari tu baik langsung tak mendung dan hujan.

Sampai ke Pekan Te Anau, kecil saja pekan ni dan ada juga tasik Te Anau tapi tak sempat tengok dekat sebab bas berhenti rehat sekejap. Ada yang nak beli minuman ada yang nak ke tandas dan beli souveniur di kedai berhampiran.


Jauh perjalanan ni, nasib baik kami ikut tour bus, kalau drive sendiri tentu letih. Kalau drive sendiri better tidur di Te Anau sebab boleh relax dan tak terkejar untuk cruise Milford Sound. Kami dengan tour bus ni, pergi balik campur cruise, sehari suntuk juga ambil masa.

Tour ni berhenti di tempat-tempat menarik dan terkejar juga bila driver bus bagi 15 minit atau 30 minit untuk satu-satu tempat. Nyaris-nyaris tak ditinggal masa dekat tempat The Chasm. Cantik view atas tu-The Chasm.


Semua turun di sini untuk isikan air dalam botol, air dari gunung, boleh minum. Sejuk sangat.


Perjalanan diteruskan lagi, singgah berhenti depan Homer Tunnel dan juga Mirror Lake. Cuaca cantik so gambar pun jelas cuma kualiti gambar biasa-biasa je sebab kamera pun tak canggih.



Apa yang boleh dikatakan, Milford Sound adalah tempat wajib pergi kalau ke New Zealand. On the way nak sampai ke Milford Sound, view sangat cantik dan mesti stop untuk menikmati view tersebut. Untuk dapatkan gambar dengan view cantik cuaca pun kenalah cantik. Kami bersyukur sebab cuaca sangat baik semasa kami ke sana.

Kami sampai semula di Queenstown dengan disambut oleh matahari yang dah nak terbenam dan disebalik Remarkables Peak nampaklah view seperti di atas ni. Cantik tapi bus bergerak tak sempat nak catch view yang lebih cantik.

Monday, November 28, 2011

Dunedin to Queenstown-Day 5

Pagi ke 5 di NZ kami masih di Dunedin. Today is last day in University City. Kami pun dah tak tahu nak berjalan ke mana lagi sebab semuanya bergantung dengan bus so tak panjang langkah. Anyway kami dapat relax. Cuma plan nak ke Port Chalmers dan St Clair Beach tak berkesempatan (tak tahu apa yang best kat sini sebab tak pergi cuma daripada bacaan sini pantai tumpuan orang Dunedin). Bila naik bus ni ikut letih badan juga, bila dah sampai city, letih dah nak pergi cari bas untuk ke St Clair atau Port Chalmers, sebenarnya tempat tunggu bus dekat-dekat saja dan bus stop merata-rata. Mungkin juga sebab Dunedin ni boleh masuk slot shopping tu yang turun je bus sambung aktiviti menyopping pula. Kalau ada kereta boleh juga ke Oamaru yang cuma lebihkurang 1 jam je dari sini sebab masa datang bus tak berhenti pun tepi laut untuk tengok penguin. Nampak penguin pun dari atas bus. Itulah serba sedikit kekurangan bila ambik bus dan bukan drive sendiri. Macam kena repeat ke NZ je. InsyaAllah.


Pagi ke 5 kami merayau city selepas check out dari hostel jam 9.00 pagi. Kami pergi hantar dulu beg di Intercity bus station di Andrew Street. Semalam masa kami cari stesen bus ni , Maori yang kerja situ suggest kami datang letak beg dulu sebab kami claim hostel kami agak jauh. Risau juga sebab tempat tinggal beg tu di depan kaunter tapi stesen ni bertutuplah, dalam pejabatlah kiranya. Alhamdulillah tak berusik pun beg tu, pejabat ni pun ada CCTV. Kami merayau dan plan nak ke Otago Uni sebab tak ambil gambar pun depan signboard Uni. Uni ni tak ada pagar, memang kereta awam lalu lalang je. Bila sampai ke sana dah hujan rintik-rintik pula. Kami pun lari masuk dalam Otago Museum. Memang rezeki nak masuk museum lah. Sebenarnya tempat ni semua belakang hostel kami je tapi tak sempat masuk pun. Dalam jam 11 lebih baru kami beredar masuk shopping mall balik. Kiranya ni hari terakhir berpeluang belasah Angus Burgh. Perghh....terbaik. Kami beli fish burger dan tapau Angus Cheese Burger.



Perjalanan ke Qtown lancar dan masa tu terasa bersyukur sebab ambil bus dan tak memandu sendiri. Menderum juga bunyi bus ni naik gunung ganang. Kalau drive sendiri bayangkanlah. Laluan kami di celah-celah gunung ganang merentasi South Island. Kami melalui Milton, Roxburgh, Alexandra. Toilet stop di Roxburgh.





Bus Intercity ni takde pula driver arahkan jangan makan macam bus Nakedbus. Tapi driver hanya pesan jangan makan makanan yang berbau macam burger ke apa, nanti mengganggu orang lain. Sepanjang perjalanan macam-macam rupa bentuk muka bumi NZ ni dan kiri kanan sangat cantik.


Tempat terakhir sebelum Qtown adalah Cromwell. Dari sini nak ke Qtown lebih 30minit juga. Jam tu juga my mom terus plan tak nak datang Cromwell sebab jalan ke Qtown boleh tahan bengkang bengkok dan taklah dekat. Pekan ni pun kecil saja.


Dari jauh nampak ladang-ladang buah-buahan yang kelihatan macam baru nak naik pokoknya.




Kami sampai Qtown jam 6.40 macam tu dan masih cerah. Qtown sangat cantik dan teratur. Kami terus ke hostel yang tak jauh dari bus stop. Lepas check in dan tinggalkan beg di bilik kami mulakan sesi merayau dan jam 9.00 malam baru gelap di sini.



Wednesday, November 23, 2011

Otago Peninsula-Dunedin Day 4

Hari ke 3 di Dunedin bermula dengan berkejar ke stesyen bas. Kami dah terlewat sikit, jam dah dekat pukul lapan tapi cari bus stop ke Otago Peninsula tak jumpa. Dalam jadual bus stop uni tapi rupanya bus stop dekat Albany Street. Berpusing-pusing kami depan Otago Uni, rupanya jalan mula yang kami tuju tu dah betul. Bila sampai bus stop memang bus ke Otago Peninsula dah sampai, berlari aku ke bus, nasiblah driver tu nampak dan tunggu. Macam semalam, hari ni driver bus dah bagi tau my mom tak ada apa di Otago Peninsula tapi my mom kata nak jalan tengok view dan patah balik dengan bas yg sama. My mom dah tengok jadual, hanya ada sekali saja bas ke sana sampai Harrington Point, petang pun sekali. Nak tak nak kena naik bas sama.
Bas ni akan tukar nombor bila sampai Harrington Point supaya nombor pergi dan balik tak sama. Bus yang sampai Portobello banyaklah. Portobello ni sebelum Harrington Point. Kalau nak ke hujung yang agak lebih jauh dari Harrington Point untuk tengok penguin dan burung albatros biasanya pergi memandu sendiri atau dengan tour. Masa kami sampai dah terlalu lewat, rasanya burung dan penguin pun dah keluar.




Sepanjang perjalanan view sangat cantik tapi masa tu air surut agaknya so dapatlah macam dalam gambar tu. Laut tak ada air kat tebing jalan tu. Jalan memang bengkang bengkok tapi tempat mereka ni signage banyak bagi tau keadaan jalan macam mana.

Sekejap saja kami ke Otago Peninsula ni, dah pergi ikut jadual bas kan. Balik kami merayau city lagi, singgah Railways Station, kilang Cadbury dan New World Supermarket.

Coklat di kilang Cadbury lebihkurang sama je harga dengan di supermarket.

Lepas tu balik hostel, makan dan solat. Baru sedar Settler Museum dekat je dengan Railways Station so kami pergilah balik. Jauh juga menapak. Bila sampai Museum tu tutup sebab ada renovation. Gambar bawah ni dekat area Settler Museum. Cantik view.


Di hostel petang tu kami masak nasi beriani, dah jadi macam nasi goreng dah. Senang pakai instant paste. Semua makanan instant kecuali sayur yang kami beli di New World. Kitchen ada dua di hostel, ni kitchen yang kami jarang guna sebab tak tau ada kitchen besar dan cantik di tingkat atas. Kami selalu guna kitchen di bawah yang bersih tapi agak sempit.

Tuesday, November 22, 2011

Chancarla Farm Boutique-Dunedin Day 3

Bukan nak kata lah, tapi nak juga kata, hehehehe. My mom ni kan banyak sangat berporum, aishhhh. Bila teruja nak ke satu-satu tempat tu, sungguh-sungguh di usahakan. Ni pengaruh porumlah ni kami sanggup ambil bas pagi-pagi nak ke satu ladang. Tapi idea my mom ni boleh diterimalah juga dan aku appreciate sebab view sepanjang ke sana sangat cantik.


Lepas breakfast kami pun keluarlah ke i-site dekat Octagon, Dunedin untuk ambil jadual Citybus. Sebelum tu my mom singgah beli kasut sebab kasut dia tetiba jadi ketat, entah sebab sejuk ke apa. Lagi pun kasut tu my mom beli dah dekat 7 tahun, jarang pakai, kasut kulit Timberlnd. Bayangkanlah my mom dari size L dah jadi XL, kasut pun mestilah berubah saiz jugakan. Beli kasut murah je kat Dawson Shoes, George Street, Dunedin, tengah ada sales. Sukanya dia sebab kasut tu hanya $20 dan selesa pakai.
Dah tukar kasut kami pun ambillah bus depan panggung wayang sebelah i-site di Octagon, masa tu dah jam 12 lebih. Bus tu ke Halfwaybush, Dunedin. Kata driver bus tu tak ada apa-apa kat sebelah kiri Halfwaybush Road tu, bukit ada lah. Bus tu akan belok ke kanan sebenarnya, kami nak ke kiri, bas tak lalu jalan ke kiri. My mom kata dia nak jalan-jalan tengok view. My mom minta driver stopkan bila sampai simpang tu. View sepanjang jalan menariklah kan, sebab kami tak pernah sampai situ. Kalau hari-hari lalu sure lena jadinya.

Sampai simpang menapaklah kami menaiki bukit menuju ke satu simpang masuk Chancarla. Dekat 20 minit juga nak sampai farm tu. Tapi tak berpeluh pun walaupun cuaca terang. Bila dah sampai sukanya my mom sebab akhirnya sampai juga tempat yang dikatakan best sangat tu.
Dah dekat pukul 1, tak nampak orang pun kat situ. Kami pusing keliling rumah dalam farm tu, binatang peliharaan pun nampak tak banyak, apalca dua tiga ekor, nampak ayam itik, kuda. My mom kata, biasa je lah, jom kita balik. Hehehe.... Kami pun berjalanlah balik tapi kami tak masuk simpang yang bas datang tadi. Kami terus jalan ke depan ke sebelah kanan yang bas belok tu.
Jauh juga berjalan tiba-tiba ada satu lelaki dalam kereta Skyline tegur kami, tanya kami lost ke apa. Kami kata kami jalan-jalan, tak sesat. Lepas tu boleh pulak cakap Melayu. Kami ingatkan Maori ke apa tadi sebab rupa dah macam tu dengan baju bersinglet saja, slang pun orang putih habis. Lepas tu kami terus je jalan lagi sampai bus stop. Lepas beberapa minit bus dengan driver yang sama juga sampai. Lega kami sebab bila dah tak ada apa memang nak balik city cepat-cepatlah.Convenience store ni dekat bus stop yang kami ambil bas balik city. Sampai Dunedin City barulah rasa letih. Di city kami tak makan kat Angus Burgh dah tapi kami beli kebab. Tak sedap, sungguh tak terasa apa pun. Gambar kedai tu ada dalam post sebelum ni. Aku perasan kat NZ ni semua benda nak charge kan, kalau beli burger ke kebab ke, fish n chip ke, sos banyak tu, banyak tu je lah yang ada. Nak lebih-lebih sila tambah duit. Malaysia juga bolehkan!. Masa kat Kebabni jumpa budak-budak Melayu Otago Uni, dia orang ni ramai sungguh ambil pengajian bahasa Inggersis, dulu belajar di Maktab perguruan je, untung sungguh kata my mom. Dia yang nak buat PhD pun boss tak bagi. Rezeki depa kan.Ni padang sebelah uni memang dijaga, tractor tu tengah bajak tanah. Bestnya kalau dapat main bola.


Sebelah depan uni pun ada juga padang cantik. Serius aku tension tak dapat tendang bola. Mak aku pun tension dengar aku dok merungut. Dia suruh aku join budak-budak tu main. Perghhhh....


Kami merayau Dunedin City pastu balik hostel solat rehat sekejap. Keluar balik ke Otago Uni, mat salleh kat hostel ada bagi tau belakang uni adalah stadium rugby, aku nak tengok. Jadi kami pun berjalanlah sampai ke stadium.


Lepas tu ke Botanical Garden. Ingat nak ke Baldwin Street the Steepest Street in the world tapi kaki kami dah tak mampu melangkah dah. Letih walaupun tempat tu hanya dekat je dengan Botanical Garden.
Balik ke hostel yang dekat je dengan Otago Uni, my mom masak nasi. Serius sedap, asyik makan nasi je kami sebab sejuk cepat lapar. Memang patutlah bawa stok makanan dari Malaysia walaupun di sini harga barang sama dengan di Malaysia tapi cuba kau convert ke RM, berpinau jugalah, kata my mom. Selagi boleh bawa dan tak menyusahkan apa salahnya bawa segala rendang, kari instant yang sangat payah nak jumpa di sini. Ada tu memang ada tapi tanda halal tak ada. Maggi mee dari Nestle Malaysia pun tak ada tanda halal. Indomee dari Indonesia ada tanda halal pulak. Tu yang kami tak faham.