Followers

Wednesday, November 30, 2011

Queenstown to Milford Sound-Day 6

Perjalanan kami ke Milford Sound bermula seawal jam 6.30 pagi sebab kami ambil bus untuk ke sana. Kami sampai depan i-site Queenstown tapi bas tak datang-datang. Dahlah menggigil kesejukan Rupanya jadual dah berubah, trip dilewatkan 30 minit. My mom tak buka email so tak tahu. Pelik juga masa menunggu sebab dia org ni selalu tepat pada waktu. Mungkin sebab musim spring-summer, sunset jam 8.30ptg jadi trip dilewatkan sikit.





Sepanjang perjalanan view sangat cantik. Lake Wakatipu panjang, lepas melalui tasik kami tempuhi kawasan ladang biri-biri dan lembu pulak. Awan cantik. Syukur cuaca hari tu baik langsung tak mendung dan hujan.

Sampai ke Pekan Te Anau, kecil saja pekan ni dan ada juga tasik Te Anau tapi tak sempat tengok dekat sebab bas berhenti rehat sekejap. Ada yang nak beli minuman ada yang nak ke tandas dan beli souveniur di kedai berhampiran.


Jauh perjalanan ni, nasib baik kami ikut tour bus, kalau drive sendiri tentu letih. Kalau drive sendiri better tidur di Te Anau sebab boleh relax dan tak terkejar untuk cruise Milford Sound. Kami dengan tour bus ni, pergi balik campur cruise, sehari suntuk juga ambil masa.

Tour ni berhenti di tempat-tempat menarik dan terkejar juga bila driver bus bagi 15 minit atau 30 minit untuk satu-satu tempat. Nyaris-nyaris tak ditinggal masa dekat tempat The Chasm. Cantik view atas tu-The Chasm.


Semua turun di sini untuk isikan air dalam botol, air dari gunung, boleh minum. Sejuk sangat.


Perjalanan diteruskan lagi, singgah berhenti depan Homer Tunnel dan juga Mirror Lake. Cuaca cantik so gambar pun jelas cuma kualiti gambar biasa-biasa je sebab kamera pun tak canggih.



Apa yang boleh dikatakan, Milford Sound adalah tempat wajib pergi kalau ke New Zealand. On the way nak sampai ke Milford Sound, view sangat cantik dan mesti stop untuk menikmati view tersebut. Untuk dapatkan gambar dengan view cantik cuaca pun kenalah cantik. Kami bersyukur sebab cuaca sangat baik semasa kami ke sana.

Kami sampai semula di Queenstown dengan disambut oleh matahari yang dah nak terbenam dan disebalik Remarkables Peak nampaklah view seperti di atas ni. Cantik tapi bus bergerak tak sempat nak catch view yang lebih cantik.

No comments: