Followers

Monday, November 28, 2011

Dunedin to Queenstown-Day 5

Pagi ke 5 di NZ kami masih di Dunedin. Today is last day in University City. Kami pun dah tak tahu nak berjalan ke mana lagi sebab semuanya bergantung dengan bus so tak panjang langkah. Anyway kami dapat relax. Cuma plan nak ke Port Chalmers dan St Clair Beach tak berkesempatan (tak tahu apa yang best kat sini sebab tak pergi cuma daripada bacaan sini pantai tumpuan orang Dunedin). Bila naik bus ni ikut letih badan juga, bila dah sampai city, letih dah nak pergi cari bas untuk ke St Clair atau Port Chalmers, sebenarnya tempat tunggu bus dekat-dekat saja dan bus stop merata-rata. Mungkin juga sebab Dunedin ni boleh masuk slot shopping tu yang turun je bus sambung aktiviti menyopping pula. Kalau ada kereta boleh juga ke Oamaru yang cuma lebihkurang 1 jam je dari sini sebab masa datang bus tak berhenti pun tepi laut untuk tengok penguin. Nampak penguin pun dari atas bus. Itulah serba sedikit kekurangan bila ambik bus dan bukan drive sendiri. Macam kena repeat ke NZ je. InsyaAllah.


Pagi ke 5 kami merayau city selepas check out dari hostel jam 9.00 pagi. Kami pergi hantar dulu beg di Intercity bus station di Andrew Street. Semalam masa kami cari stesen bus ni , Maori yang kerja situ suggest kami datang letak beg dulu sebab kami claim hostel kami agak jauh. Risau juga sebab tempat tinggal beg tu di depan kaunter tapi stesen ni bertutuplah, dalam pejabatlah kiranya. Alhamdulillah tak berusik pun beg tu, pejabat ni pun ada CCTV. Kami merayau dan plan nak ke Otago Uni sebab tak ambil gambar pun depan signboard Uni. Uni ni tak ada pagar, memang kereta awam lalu lalang je. Bila sampai ke sana dah hujan rintik-rintik pula. Kami pun lari masuk dalam Otago Museum. Memang rezeki nak masuk museum lah. Sebenarnya tempat ni semua belakang hostel kami je tapi tak sempat masuk pun. Dalam jam 11 lebih baru kami beredar masuk shopping mall balik. Kiranya ni hari terakhir berpeluang belasah Angus Burgh. Perghh....terbaik. Kami beli fish burger dan tapau Angus Cheese Burger.



Perjalanan ke Qtown lancar dan masa tu terasa bersyukur sebab ambil bus dan tak memandu sendiri. Menderum juga bunyi bus ni naik gunung ganang. Kalau drive sendiri bayangkanlah. Laluan kami di celah-celah gunung ganang merentasi South Island. Kami melalui Milton, Roxburgh, Alexandra. Toilet stop di Roxburgh.





Bus Intercity ni takde pula driver arahkan jangan makan macam bus Nakedbus. Tapi driver hanya pesan jangan makan makanan yang berbau macam burger ke apa, nanti mengganggu orang lain. Sepanjang perjalanan macam-macam rupa bentuk muka bumi NZ ni dan kiri kanan sangat cantik.


Tempat terakhir sebelum Qtown adalah Cromwell. Dari sini nak ke Qtown lebih 30minit juga. Jam tu juga my mom terus plan tak nak datang Cromwell sebab jalan ke Qtown boleh tahan bengkang bengkok dan taklah dekat. Pekan ni pun kecil saja.


Dari jauh nampak ladang-ladang buah-buahan yang kelihatan macam baru nak naik pokoknya.




Kami sampai Qtown jam 6.40 macam tu dan masih cerah. Qtown sangat cantik dan teratur. Kami terus ke hostel yang tak jauh dari bus stop. Lepas check in dan tinggalkan beg di bilik kami mulakan sesi merayau dan jam 9.00 malam baru gelap di sini.



No comments: