Followers

Monday, November 21, 2011

Christchurch to Dunedin-Day 2

My mom bangun awal, katanya tak boleh tidur lena. Dia kejutkan aku jam 4 lebih, sakit tekak katanya sebab sejuk sangat. Aku tak sedar apa dah, sedap tidur. Aku temankan my mom ke dining room, aku golek balik kat situ, ada sofa panjang dengan bantal sekali. My mom masak air dan dia buat teh. Risau juga, baru nak mulakan perjalanan dah nak demam. Dah lah sebelum fly hari tu dia rasa nak demam, habis satu set antibiotik dia ambil. Kesian mama. Lepas tu my mom sediakan bekal sebab jam 8 pagi kami akan ambil bus ke Dunedin.

Jam 7.30 pagi kami dah jalan keluar dari hostel ke bus stop. Kami tersalah bus stop, kami ke Intercity bus stop, ke depan sikit. Rupanya Nakedbus bus stop dekat sikit dengan hostel kami. Kat sini, bus stop bukan macam bus stop kita, siap ada tempat duduk dan berbumbung. Sini bus just berhenti tepi jalan, refer dekat nombor yang ada masa kita booking online tu. Macam Nakedbus, nombor 70, Bealay Avenue so tengoklah nombor-nombor rumah di tepi Bealey Avenue. Kalau hujan tak tau lah macam mana. Ini pun sebab gempa bumi, bus stop ni sementara saja katanya. Tapi aku tengok sana sini macam tu je, hanya ada sign bus stop. Gambar aku ada ambil, nantilah cari dan tempek sini.

Kami bertolak sharp on time, setiap seat ada seat belt. Aku suka, bus pun elok lagi. My mom pilih seat paling depan, dua seat dia sorang, gila kuasakan....hahaha, nak tengok view cantik punya pasal. Nasib baik bus tak penuh. Bus berhenti kat Hornby, nampak ramai muka melayu naik kat situ, student kot sebab dia oarng turun kat Otago Uni. Lepas tu masuk Ashburton, Timaru dan last sekali kat Oamaru di mana kami stop lunch 30 minit. Kat sini satu minah Maori dan 3 anaknya kena tinggal. Kesian....driver dah cakap mesti sharp on time tapi bayang dia pun tak nampak selepas dah lebih 10 minit.


Perjalanan smooth dengan cuaca cantik, view apatah lagi, kiri kanan cantik. Sebenarnya aku layan tidur je banyak, sekali sekala terjaga nampak lembu, padang rumput dan laut. View belah kanan, sebelah driver nampak mount cap with snow. Sebelah kiri nampak padang rumput dan bila sampai Oamaru nampak laut. Boleh nampak penguin bertenggek atas batu, rugi lah tak singgah Oamaru melainkan stop kat kedai makan tu.


Sampai Dunedin on time, kami stop depan Otago Uni, dan tak jauh dengan hostel yg my mom dah book. Nasib baik my mom copy segala email dengan hostel ni, dia orang nak charge extra sebab salah faham. Apa lagi my mom pun bukalah fail yg berderet dengan hard copy email dan tiket tu. Dekat City pun banyak backpackers hostel macam Central Backpackers ni.



Lepas dah check in, baru jam 2.00 lebih kami keluar merayau, first time sampai Dunedin katakan. Singgah Angus Burgh, jumpa kakak-kakak Otago Uni, sembang-sembang dengan mama, sorang kakak dari Tganu ambil Education, sorang lagi ambil Chem Engineering. Terbaik Angus Burgh! Ada sijil halal tepi kaunter dalam kedai ni. Hari-hari kami beli burger kat sini.

Lepas makan merayau jalan-jalan. Cantik Dunedin ni dengan bangunan yang berseni-seni macam di Scotland kot, aku tak pernah pergi Scotland, tengok gambar ada lah. Kategori sesak lah juga Dunedin ni sebab di jalan ramai orang dan banyak kereta. Lagi satu kawasan Dunedin ni agak berbukit.


Gambar bawah ni kereta orang NZ yang pada aku sangat kurang ajar dan tak sedar diri yang negara dia bergantung kepada tourism sebagai sumber ekonomi utama selain pertanian. Siap jerit kat kami "fucking Asian". Ada kami buat kacau kat negara kau? Kami pun tak hingin nak menetap sini sebab negara kami pun lebih baik daripada negara kau walaupun negara kau tu memang cantik. Aikk...pening gak aku nak faham ni, memang aku pun jadi emo sekejap. Siapa kata semua orang NZ baik? Dia orang ni pun sebenarnya tak suka orang luar datang tapi dah sebab bisnes kan? Kawan my mom orang NZ pun ada kata mereka orang Maori kat sana rasa tertipu oleh white man, tanah tumpah darah nenek moyang mereka dah jadi milik white man hanya dengan diumpan rokok masa dulu-dulu sebab mereka tak pandai.....bla, bla, bla. Hmm...yang aku tau aku nak berjalan sana tengok view cantik-cantik dengan aman. Peace!!!






No comments: