Followers

Tuesday, November 22, 2011

Chancarla Farm Boutique-Dunedin Day 3

Bukan nak kata lah, tapi nak juga kata, hehehehe. My mom ni kan banyak sangat berporum, aishhhh. Bila teruja nak ke satu-satu tempat tu, sungguh-sungguh di usahakan. Ni pengaruh porumlah ni kami sanggup ambil bas pagi-pagi nak ke satu ladang. Tapi idea my mom ni boleh diterimalah juga dan aku appreciate sebab view sepanjang ke sana sangat cantik.


Lepas breakfast kami pun keluarlah ke i-site dekat Octagon, Dunedin untuk ambil jadual Citybus. Sebelum tu my mom singgah beli kasut sebab kasut dia tetiba jadi ketat, entah sebab sejuk ke apa. Lagi pun kasut tu my mom beli dah dekat 7 tahun, jarang pakai, kasut kulit Timberlnd. Bayangkanlah my mom dari size L dah jadi XL, kasut pun mestilah berubah saiz jugakan. Beli kasut murah je kat Dawson Shoes, George Street, Dunedin, tengah ada sales. Sukanya dia sebab kasut tu hanya $20 dan selesa pakai.
Dah tukar kasut kami pun ambillah bus depan panggung wayang sebelah i-site di Octagon, masa tu dah jam 12 lebih. Bus tu ke Halfwaybush, Dunedin. Kata driver bus tu tak ada apa-apa kat sebelah kiri Halfwaybush Road tu, bukit ada lah. Bus tu akan belok ke kanan sebenarnya, kami nak ke kiri, bas tak lalu jalan ke kiri. My mom kata dia nak jalan-jalan tengok view. My mom minta driver stopkan bila sampai simpang tu. View sepanjang jalan menariklah kan, sebab kami tak pernah sampai situ. Kalau hari-hari lalu sure lena jadinya.

Sampai simpang menapaklah kami menaiki bukit menuju ke satu simpang masuk Chancarla. Dekat 20 minit juga nak sampai farm tu. Tapi tak berpeluh pun walaupun cuaca terang. Bila dah sampai sukanya my mom sebab akhirnya sampai juga tempat yang dikatakan best sangat tu.
Dah dekat pukul 1, tak nampak orang pun kat situ. Kami pusing keliling rumah dalam farm tu, binatang peliharaan pun nampak tak banyak, apalca dua tiga ekor, nampak ayam itik, kuda. My mom kata, biasa je lah, jom kita balik. Hehehe.... Kami pun berjalanlah balik tapi kami tak masuk simpang yang bas datang tadi. Kami terus jalan ke depan ke sebelah kanan yang bas belok tu.
Jauh juga berjalan tiba-tiba ada satu lelaki dalam kereta Skyline tegur kami, tanya kami lost ke apa. Kami kata kami jalan-jalan, tak sesat. Lepas tu boleh pulak cakap Melayu. Kami ingatkan Maori ke apa tadi sebab rupa dah macam tu dengan baju bersinglet saja, slang pun orang putih habis. Lepas tu kami terus je jalan lagi sampai bus stop. Lepas beberapa minit bus dengan driver yang sama juga sampai. Lega kami sebab bila dah tak ada apa memang nak balik city cepat-cepatlah.Convenience store ni dekat bus stop yang kami ambil bas balik city. Sampai Dunedin City barulah rasa letih. Di city kami tak makan kat Angus Burgh dah tapi kami beli kebab. Tak sedap, sungguh tak terasa apa pun. Gambar kedai tu ada dalam post sebelum ni. Aku perasan kat NZ ni semua benda nak charge kan, kalau beli burger ke kebab ke, fish n chip ke, sos banyak tu, banyak tu je lah yang ada. Nak lebih-lebih sila tambah duit. Malaysia juga bolehkan!. Masa kat Kebabni jumpa budak-budak Melayu Otago Uni, dia orang ni ramai sungguh ambil pengajian bahasa Inggersis, dulu belajar di Maktab perguruan je, untung sungguh kata my mom. Dia yang nak buat PhD pun boss tak bagi. Rezeki depa kan.Ni padang sebelah uni memang dijaga, tractor tu tengah bajak tanah. Bestnya kalau dapat main bola.


Sebelah depan uni pun ada juga padang cantik. Serius aku tension tak dapat tendang bola. Mak aku pun tension dengar aku dok merungut. Dia suruh aku join budak-budak tu main. Perghhhh....


Kami merayau Dunedin City pastu balik hostel solat rehat sekejap. Keluar balik ke Otago Uni, mat salleh kat hostel ada bagi tau belakang uni adalah stadium rugby, aku nak tengok. Jadi kami pun berjalanlah sampai ke stadium.


Lepas tu ke Botanical Garden. Ingat nak ke Baldwin Street the Steepest Street in the world tapi kaki kami dah tak mampu melangkah dah. Letih walaupun tempat tu hanya dekat je dengan Botanical Garden.
Balik ke hostel yang dekat je dengan Otago Uni, my mom masak nasi. Serius sedap, asyik makan nasi je kami sebab sejuk cepat lapar. Memang patutlah bawa stok makanan dari Malaysia walaupun di sini harga barang sama dengan di Malaysia tapi cuba kau convert ke RM, berpinau jugalah, kata my mom. Selagi boleh bawa dan tak menyusahkan apa salahnya bawa segala rendang, kari instant yang sangat payah nak jumpa di sini. Ada tu memang ada tapi tanda halal tak ada. Maggi mee dari Nestle Malaysia pun tak ada tanda halal. Indomee dari Indonesia ada tanda halal pulak. Tu yang kami tak faham.

1 comment:

Unknown said...

I was googling psl milford sound and found this blog..saye bdak otago..heheh..seronok pulak tgk gmbr2 sekeliling rumah dlm blog ni..cheers:)